Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baru 2011

Pada tahun ini, saya berasa takut kerana saya dan rakan-rakan saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Walaupun peperiksaan tersebut sedang mendekati,saya rasa saya tidak cukup bersedia untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Saya mempunyai lebih masa untuk belajar dan membuat kerja rumah kerana saya tidak bermain dengan alat permainan. Saya lebih suka membaca buku dan membuat kertas peperiksaan tahun yang sudah lepas supaya saya boleh menambah pengetahuan pelajaran yang saya tidak tahu. Saya harap apabila saya menduduki peperiksaan saya tidak akan panik. Saya akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini oleh saya. Saya harap saya akan memasuki ke dalam sekolah yang saya mahu. Semoga matlamat saya dan rakan-rakan saya tercapai.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya Nur Sabrina . Keluarga saya mengandungi enam orang iaitu ibu bapa ,dua orang adik lelaki dan adik perempuan saya yang paling comel bagi saya . Hobi saya adalah membaca , melukis dan menonton televisyen .
Sekolah amat penting bagi saya . Saya akan rasa tertinggal dalam sesuatu pelajaran jika saya memonteng sekolah kerana menjatuh sakit . Tahun ini , saya telah berjanji kepada ibu bapa bahawa saya akan berkerja keras untuk mencapai matlamat saya . Matlamat saya : Bahasa Inggeris : A Matematiks : A Sains : B Bahasa Melayu : A Bahasa Melayu Lanjutan : Merit
Agregat yang saya mahu mencapai adalah 265 .

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pada tahun 2010, kenangan saya adalah yang manis dan pahit.Apabila saya memasuki kelas 5F ,saya rasa bahawa saya tidak akan susah tetapi nampaknya subjek-subjek yang diajarkan sungguh susah.
Kenangan manis saya adalah apabila saya pergi ke tempat perkhemahan untuk berkhemah.Saya sungguh ghairah apabila saya sampai di tempat perkhemahan. Saya suka tahun ini kerana saya berada dalam darjah 5 dan dapat pergi ke banyak tempat seperti Brunei dan Marina Barage. SAya rasa bahawa banyak kenangan manis adalah pada masanya saya berumur 11 kerana darjah 6 adalah masanyauntuk belajar.
Kenangan pahit saya adalah apabila saya dimarahi oleh guru saya dan saya sedih kerana saya gagal dalam peperiksaan Matematik tetapi saya belajar bersungguh dan akhirnya berjaya untuk lulus untuk peperiksaan tersebut.Saya akan belajar bersungguh pada tahun depan untuk mendapat markah yang bagus.

Khamis, 28 Oktober 2010

Pelajaran semasa Bahasa Melayu Lanjutan

Saya telah mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun ini . Saya mengambil kelas ini untuk meningkatkan Bahasa Melayu saya di sekolah dan juga di rumah . Saya suka kelas Bahasa Melayu Lanjutan kerana saya rasa Bahasa melayu tidak mengelirukan saya seperti subjek-subjek yang lain . Ibu saya juga suka jika Bahasa Melayu saya semakin meningkat . Cikgu Tuty ialah guru saya . Dia mengajar saya Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan . Dia mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan bagus dan saya telah mendapat markah yang baik. Saya sungguh bangga dengan markah tersebut. Saya akan menyambungkan pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun hadapan.

Selasa, 26 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya telah membuat persiapan menjelang hari peperiksaan terutama sekali pelajaran Matematik dan Science kerana saya lemah dalam pelajaran-pelajaran tersebut.Saya mempunyai soalan-soalan yang saya tidak tahu dan jika saya sedang mengulangkaji di rumah, adik-adik saya akan mengacau saya. Oleh itu saya meminta izin dari ibu saya untuk mengulangkaji di sekolah. Di situ, tempatnya tidak bising dan itu mengembirakan saya. Kini saya telah menyelesaikan peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan di sekolah. Saya sedang mengulangkaji pelajaran sambil menantikan peperiksaan.Ibu saya akan memberi sokongan yang terbaik sebelum setiap peperiksaan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Nasihat Sabrina

Ayub,

Jangan sedih! Saya akan membantu kamu. Kamu boleh pergi ke perpustakaan untuk belajar kerana keadaan di situ sunyi. Jika kamu ada masalah ,kamu boleh bertanya dengan guru kamu.

Salam,
Sabrina

Jumaat, 24 September 2010

Aku Manusia Moden

Aku tidak bermain chapteh
aku duduk dan minum teh
aku tidak berlengah-lengah
aku manusia yang lincah

Aku bukan pemburu binatang
aku suka melihat bintang
aku bukan lemah dalam pelajaran
aku pandai dalam kehidupan

Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa