Pada tahun ini, saya berasa takut kerana saya dan rakan-rakan saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Walaupun peperiksaan tersebut sedang mendekati,saya rasa saya tidak cukup bersedia untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Saya mempunyai lebih masa untuk belajar dan membuat kerja rumah kerana saya tidak bermain dengan alat permainan. Saya lebih suka membaca buku dan membuat kertas peperiksaan tahun yang sudah lepas supaya saya boleh menambah pengetahuan pelajaran yang saya tidak tahu. Saya harap apabila saya menduduki peperiksaan saya tidak akan panik. Saya akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini oleh saya. Saya harap saya akan memasuki ke dalam sekolah yang saya mahu. Semoga matlamat saya dan rakan-rakan saya tercapai.
Sabrina tidak perlu rasa takut sekiranya Sabrina sudah membuat persiapan yang awal. Namun, cikgu yakin Sabrina boleh lulus dengan baik. :)
BalasPadam