Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman saya ketika Hari Raya

Pada Hari Raya tahun lepas, saya dan sekumpulan rakan karib saya telah menziarahi rumah satu sama lain. Kami amat kagum dengan pelbagai hiasan yang terdapat di dalam rumah masing-masing. Rumah pertama adalah rumah Zulaika kerana dia tidak mengikut perjalanan kami dan keluarganya hendak keluar pada hari itu. Rumahnya besar dan mewah. Dari jendela di ruang tamunya, saya dapat melihat pandangan yang amat mengejutkan. Saya dapat melihat Vista Point,beberapa bangunan dan bangunan rumah saya. Selepas itu, saya ternampak Zulaika menuang air untuk saya dan rakan-rakan lain lalu saya membantunya menghidangkan air tersebut tetapi ketika mengangkat dulang, tangan saya menggeletar akibat melihat begitu banyak gelas kaca. Walaupun begitu semua gelas itu tidak terjatuh dan dapat dihidangkan kepada rakan-rakan.

Selepas itu, saya dan lain-lain pergi ke rumah Sarah. Rumah kelihatan cerah kerana penuh dengan perkakas rumah yang berwarna putih. Neneknya melayan kita dengan cara peramah. Saya semakin berasa seronok berkenalan dengan ahli keluarga rakan-rakan saya. Di rumah Anisah pula, kucingnya telah membuat beberapa rakan saya terkejut. Walaupun kucing nya besar,ia comel. Seterusnya, kami pergi ke rumah saya. Apabila tiba di rumah saya, terdapat cerita hindustan yang sedang bermain di televisyen. Kami berehat di situ sambil menonton cerita itu. Salah seorang daripada rakan saya mengatakan bahawa ibu saya peramah orangnya. Rumah berikutnya adalah rumah Athirah kerana dia tinggal di dalam blok yang sama dengan saya tetapi dia tinggal di tingkat atas. Ibunya kenal Sarah kerana ibu Sarah dan ibu Athirah adalah kawan.

Kami pergi ke rumah Atiqah selepas itu. Rumahnya luas dan dia mempunyai piano yang cantik. Saya pun memujuknya untuk bermain piano itu. Dia memang pandai bermain piano. Rumah yang terakhir adalah rumah Dayana kerana rumahnya paling jauh. Rumahnya sungguh kemas dan dia telah menghidangkan kuih-muih yang amat sedap. Akhirnya, perjalanan kami telah selesai. Oleh kerana semua sudah letih, Atiqah bercadang untuk menaiki teksi. Saya terketawa dan bercakap bahawa tidak perlu menaiki teksi.Kami boleh menaiki bas kerana semua membawa kad ez-link mereka.

Apabila sudah berada di rumah sendiri, saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan karib saya.