Saya telah mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun ini . Saya mengambil kelas ini untuk meningkatkan Bahasa Melayu saya di sekolah dan juga di rumah . Saya suka kelas Bahasa Melayu Lanjutan kerana saya rasa Bahasa melayu tidak mengelirukan saya seperti subjek-subjek yang lain . Ibu saya juga suka jika Bahasa Melayu saya semakin meningkat . Cikgu Tuty ialah guru saya . Dia mengajar saya Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan . Dia mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan bagus dan saya telah mendapat markah yang baik. Saya sungguh bangga dengan markah tersebut. Saya akan menyambungkan pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan