Selasa, 19 Julai 2011

Faedah-faedah Blogging

Blogging ini amat menyeronokkan bagi saya tetapi ia bukan sahaja untuk mengisikan masa lapang malah, ia juga memberi beberapa pelajaran. Blogging juga mengambil masa yang tidak terlalu lama jika dibandingkan dengan menulis di kertas, menggunakan pena yang lama-kelamaan, dakwatnya pun habis. jika mahu membetulkan kesilapan pun mengambil masa. saya juga akan penat jika menulis di kertas untuk masa yang lama tetapi jika blogging, masa yang lebih lama juga boleh tahan.

Bagi saya, blogging boleh menjadi latihan untuk karangan di komputer. Guru saya akan membaca blog saya dan memberi komen supaya blog itu boleh dibaiki. Suatu perkara yang ada pada blogging adalah ia boleh dibaca oleh orang di seluruh dunia. Saya pun mula blogging kerana guru saya mahu saya dan kelas bahasa Melayu saya memasuki pertandingan blog. Walaupun saya tidak memenangi hadiah, saya mendapati bahawa blogging amat menarik tetapi hanya apabila saya mempunyai idea.Blog juga tidak akan hilang melainkan kertas yang boleh hilang apabila tidak dijaga dengan baik.

Rabu, 6 Julai 2011

Katak Di Bawah Tempurung (1)

Melur adalah seorang anak remaja yang paling cantik di kampungnya tetapi tidak banyak kenalan kerana selalu berkurung di rumah. Setiap hari, dia hanya menolong ibunya mengemas, memasak dan menjaga adiknya. Dia tidak suka membaca suratkhabar dan menonton televisyen. Dia tidak tahu hal-hal tentang sekelilingnya.

Hobbinya adalah membaca buku lawak jenaka. Oleh kerana dia selalu membaca buku cerita dongeng, remaja-remaja lain tidak mahu bergaul dengannya selalu.Dia juga pemalu dan pendiam. Walaubagaimanapun Melur tidak sedih, adiknya, Suri, selalu menghiburkan hatinya.


Pada suatu hari, Melur disuruh oleh ibunya untuk menghantar makanan kepada nenek dan datuknya di hujung kampung. Untuk ke rumah mereka, dia harus melalui hutan. Melur suka pergi ke hutan kerana dia boleh memetik bunga yang harum untuk neneknya.Dia juga membawa buku lawak jenajanya supya nenek, datuk,Suri dan dia boleh ketawa terbahak-bahak. Suri telah mengikut kakaknya kerana merindui datuk dan neneknya.

Dalam perjalanan mereka, Melur sudah pun mengumpul banyak bunga yang berlainan. lama-kelamaan, Suri berasa bosan lalu mengambil buku Melur tanpa izin. Melur ternampak kelakuan adiknya dan terus memegang buku itu Kedua-dua adik dan kakak itu terus bergaduh. Oleh kerana dia marah, Suri melepaskan buku itu apabila Melur sedang menarik. Melur terjatuh ke belakang. Melur bangun dan menggosok punggungnya yang sakit. Suri ketawa kepada Melur dan Melur menunjukkan muka yang masam macam cuka tetapi melihatadiknya ketawa ,dia pun mengikut sama. Mereka pun menyambung perjalanan mereka selepas Melur meletak kembali bukunya di dalam beg.

Akhirnya, mereka sampai di rumah nenek dan datuk tetapi tiada sesiapa di dalam. Melur dan Suri pun menunggu datuk dan nenek di rumah tersebut. Oleh kerana sudah lama menunggu, Mereka berdua tertidur. Mereka tidak sedar bahawa dua ekor ular yang panjang telah masuk ke dalam rumah melalui pintu yang Melur terlupa untuk tutup. Alangkah terkejutnya Suri apabila dibangunkan oleh bunyi jam meja terjatuh. Seekor daripada dua ular tersebut telah melanggar meja yang goyah.

Suri yang sudah bangun itu terus mengejutkan Melur tetapi Melur tidak bangun. Suri terus mengambil cawan dan mengisikannya dengan air paip lalu menyimbahkan air itu ke muka Melur. Melur terbangun dari tidurnya. Dengan ketakutan, Suri menunjukkan arah di mana ular-ular yang dia telah lihat. Melur terus menyuruh Suri mengambil sebatang dahan yang kuat dari luar rumah. Setelah mengambil dahan yang Suri bawa dari luar rumah, Melur memukul ular-ular itu dari belakang.

Ular-ular itu terus melarikan diri dan menyembunyi di bawah kerusi. Melur menjatuhkan dahan dan menggigil ketakutan juga. Tidak beberapa lama kemudian, nenek dan datuk Melur sampai di rumah. Mereka gembira melihat cucu-cucu mereka tetapi bingung kerana mereka sedang menggigil. Melur memberitahu datuknya bahawa dua ekor ular yang panjang telah bersembunyi di bawah kerusi. Datuk dan neneknya melihat di bawah kerusi lalu ketawa.

"Itu adalah perjumpaan nenek dan datuk", jelas nenek. "Gambar kami telah diiklankan di suratkhabar sebagai warga tua yang berjaya menangkap dua ekor ular yang terpanjang di dalam kampung."


Melur dan Suri berhenti menggigil dan mengangguk-angguk kepala mereka. Mereka akhirnya tahu mengapa datuk dan nenek ketawa awal tadi.Melur telah pun memahami kepentingan membaca suratkhabar, supaya kita tahu hal-hal di sekelilingnya.

Selasa, 5 Julai 2011

Katak Di Bawah Tempurung

Dahulu kala, tinggallah seorang wanita bernama Mawar. Wajahnya amat cantik. Dia tinggal di rumah seorang diri. Ibu bapanya telah meninggal beberapa tahun yang lalu tetapi Mawar tetap hidup dengan selesa. Ibu bapa Mawar telah meninggalkan harta yang banyak untuknya. Dia juga agak pendiam tetapi banyak kenalan di Facebook, Twitter dan My Space tetapi dia tidak melayan khabar tentang dunia dan sebagainya. Dia menyara hidupnya hanya dengan harta yang ditinggalkan untuknya. Dia juga tidak suka membaca suratkhabar dan menonton televisyen.


Wang daripada pajakan hartanya telah membuatnya kaya-raya. Dia tidak sedar akan hal-hal yang berlaku di sekelilingnya sehinggalah, pada suatu hari , dia baru keluar dari pusat membeli-belah dengan beg-beg berisi barangan yang berjenama. Dalam perjalanannya untuk pulang, dia berasa sungguh penat dan hampir terjatuh akibat banyak beg yang berat. Sungguh baiknya nasib Mawar apabila seorang lelaki yang kacak menyelamatkannya daripada terjatuh macam nangka busuk. Mawar memandang lelaki itu dengan penuh kelegaan. Mawar berdiri semula dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Dia pun menanyakan nama lelaki itu. Namanya adalah Ahmad. Ahmad lalu memberi pertolongan kepada Mawar dengan mengangkatkan beg-begnya yang berat. Lama-kelamaan mereka semakin rapat. Sampailah suatu hari, Ahmad membawa Mawar ke restoran yang mewah. Oleh kerana mengingatkan bahawa Ahmad akan menanggung pembayaran makanan, Mawar membuat banyak pesanan makanan. Tidak lama kemudian ,makanan telah dihidangkan dan Ahmad meminta diri untuk pergi ke tandas. Selepas makan secukupnya, Mawar menunggunya dengan sabar tetapi selepas berjam-jam menunggu, Mawar tidak tahan lagi lalu bergegas ke pintu untuk keluar. Tiba-tiba, ada tangan seseorang yang memegang bahu Mawar dan dia terkejut. Rupa-rupanya, seorang pelayan yang ada di situ mahu meminta bayaran makanan.
"Oh, nanti lelaki yang telah menemani saya akan membayar bilnya",kata Mawar.
"Tetapi dia sydah keluar dari restoran ini",Kata pelayan itu dengan muka yang bingung.
Alangkah terperanjatnya Mawar dibuatnya. Mawar pun membayar bil yang banyak itu lalu pulang ke rumah. apabila dia sedang sembang di komputr dengan kawannya tentang kejadian di restoran itu, kawan memberitahunya tentang seorang lelaki yang mencari mangsa penipuannya seperti Mawar,yang kaya sahaja menjadi mangsa.
Mawar pun menjadi bingung lalu kawannya memberitahunya bahawa berita tentang lelaki itu yang sudahdiiklankan di internet, suratkhabar,majalah dan lain-lain. Mawar berasa amat sedih selepas mendengarpenjelasan kawannya.
Inilah kisah yang menunjukkan peribahasa, katak di bawah tempurung.

Selasa, 28 Jun 2011

Pengalaman saya ketika cuti sekolah bulan Jun

Pada minggu pertama cuti sekolah, masa saya digunakan untuk membuat kerja sekolah tetapi ia tidak habis. Saya tidak sabar untuk menghabiskan semua kerja sekolah. Walaubagaimanapun, kerja untuk bahasa Melayu tetap habis dahulu. Kerja sekolah yang lain sangat membebankan kerana ia berlonggok-longgok. Pening kepala dibuatnya. Ibu saya juga rasa bingung. Sampailah ke tahapnya ayahsaya nampak kerja sekolah saya. Dia pun membuat rancangan untuk saya sekeluarga pergi bersiar-siar di beberapa tempat di Singapura. Ada yang menarik perhatian saya manakala ada yang membosankan.
Saya telah pergi mengelilingi Orchard. Wah, di situ ada banyak plaza. Tidak sempatlah untuk memasuki setiap satu tetapi dapat juga berjalan. Kalau duduk rumah sahaja, tidak boleh tahan membuat kerja sahaja.
Pada suatu hari itu juga, saya dan keluarga saya pergi ke Sentosa. Pada mulanya, saya fikir apa yang akan kami buat di sana. Rupa-rupanya,ada juga tempat di situ yang saya tidak pernah lihat. Saya mengambil gambar di Lake Of Dreams dan di luar Universal Studios Singapura. Kami juga telah merancang untuk pergi ke Universal Studios Singapura tetapi nenek menelon kami dan memberitahu kami bahawa dia juga mahu pergi. Akhirnya, rancangan itu ditukar pada bulan 12 nanti. Alangkah sedihnya saya dibuatnya. Selepas itu, saya hanya duduk di rumah kerana ibu bapa tidak ada rancangan. Paling -paling, pergi ke Johor untuk membeli barangan dapur. Daari masa itu sehinggah buka sekolah, saya membuat kerja sekolah.

Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman saya ketika Hari Raya

Pada Hari Raya tahun lepas, saya dan sekumpulan rakan karib saya telah menziarahi rumah satu sama lain. Kami amat kagum dengan pelbagai hiasan yang terdapat di dalam rumah masing-masing. Rumah pertama adalah rumah Zulaika kerana dia tidak mengikut perjalanan kami dan keluarganya hendak keluar pada hari itu. Rumahnya besar dan mewah. Dari jendela di ruang tamunya, saya dapat melihat pandangan yang amat mengejutkan. Saya dapat melihat Vista Point,beberapa bangunan dan bangunan rumah saya. Selepas itu, saya ternampak Zulaika menuang air untuk saya dan rakan-rakan lain lalu saya membantunya menghidangkan air tersebut tetapi ketika mengangkat dulang, tangan saya menggeletar akibat melihat begitu banyak gelas kaca. Walaupun begitu semua gelas itu tidak terjatuh dan dapat dihidangkan kepada rakan-rakan.

Selepas itu, saya dan lain-lain pergi ke rumah Sarah. Rumah kelihatan cerah kerana penuh dengan perkakas rumah yang berwarna putih. Neneknya melayan kita dengan cara peramah. Saya semakin berasa seronok berkenalan dengan ahli keluarga rakan-rakan saya. Di rumah Anisah pula, kucingnya telah membuat beberapa rakan saya terkejut. Walaupun kucing nya besar,ia comel. Seterusnya, kami pergi ke rumah saya. Apabila tiba di rumah saya, terdapat cerita hindustan yang sedang bermain di televisyen. Kami berehat di situ sambil menonton cerita itu. Salah seorang daripada rakan saya mengatakan bahawa ibu saya peramah orangnya. Rumah berikutnya adalah rumah Athirah kerana dia tinggal di dalam blok yang sama dengan saya tetapi dia tinggal di tingkat atas. Ibunya kenal Sarah kerana ibu Sarah dan ibu Athirah adalah kawan.

Kami pergi ke rumah Atiqah selepas itu. Rumahnya luas dan dia mempunyai piano yang cantik. Saya pun memujuknya untuk bermain piano itu. Dia memang pandai bermain piano. Rumah yang terakhir adalah rumah Dayana kerana rumahnya paling jauh. Rumahnya sungguh kemas dan dia telah menghidangkan kuih-muih yang amat sedap. Akhirnya, perjalanan kami telah selesai. Oleh kerana semua sudah letih, Atiqah bercadang untuk menaiki teksi. Saya terketawa dan bercakap bahawa tidak perlu menaiki teksi.Kami boleh menaiki bas kerana semua membawa kad ez-link mereka.

Apabila sudah berada di rumah sendiri, saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan karib saya.

Selasa, 26 April 2011

Pengalaman saya di luar negara

Negara yang paling jauh saya telah pergi adalah Brunei. Saya pergi ke sana bersama 19 lagi murid Melayu dengan beberapa orang guru sekolah. Kami pergi ke Brunei pada tahun lepas untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Di situ, kita pergi ke sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Junjungan. Apabila muzik dimainkan untuk pelajar-pelajar Woodgrove, setiap pelajar diajak oleh sekumpulan murid di situ. Murid-murid di situ amat peramah terhadap semua mereka.

Kita juga pergi ke sebuah kilang sago. Walaupun tempat itu hanya sebuah kilang yang tidaklah sebesar saiznya, ia amat unik pada saya kerana saya tidak pernah melawat tempat seperti kilang tersebut. Semua murid dapat mencuba makanan tempatan di Brunei iaitu ambuyat. Rasanya sedap apabila dicicah dengan lauk. Rasanya sungguh aneh bagi saya kerana saya tidak pernah makan ambuyat. Saya dan kelas saya juga dapat makan hidangan yang sedap tetapi pelik. Makanan tersebut adalah... Ulat sago. Seorang daripada rakan kelas saya telah memakan ulat tersebut mentah sementara saya dan murid-murid lain memakan ulat yang telah digoreng. Rasanya amat sedap walaupun saiznya lebih kecil daripada snek keropok. Selepas lima hari yang menyeronokkan di Brunei, semua orang pulang ke Singapura. Keluarga kita semua sedang menunggu kita tiba di Lapangan Terbang Changi. Saya harap saya dapat melancong ke negara yang lain pada masa hadapan

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu

Semasa cuti sekolah, saya banyak bersiar-siar bersama keluarga kecuali bapa saya yang sibuk bekerja. Ibu, 3 adik dan saya sendiri pergi ke kolam renang, selepas itu, kami sudah letih tetapi saya dan adik-beradik mahu pergi ke Admiralty untuk bermain untuk mendapat tiket-tiket. Tiket-tiket itu boleh ditukarkan untuk mendapat hadiah percuma. Ia sungguh menyeronokkan dan saya sudah mengumpul 210 tiket. Kemudian, ibu saya membawa sya dan adik-adik ke Causeway Point dan pergi ke Popular. Saya mempunyai baucer 20 dolar kerana mendapat tempat ketiga untuk bahasa Inggeris. Saya amat gembira juga untuk Zulaika kerana mendapat tempat pertama. Selepas maghrib, kami pulang rumah, di lif lobi , saya sedang menunggu lif dan terdengar adik saya bercakap demikian. "Eh, cutenye!"
Saya pun terus melihat apa yang dinampak oleh adik saya. Rupa-rupanya, ada seekor anak kucing yang comel sedang mencuba berjalan. pemiliknya pun bertanya jika kami mahukah mengambilnya. Kami bersetuju kerana saya suka kucing.
Jika saya Menteri Pendidikan,saya tidak akan menukar waktu cuti sekolah kerana saya berasa bahawa cuti sekolah sekarang sudah mencukupi.