Dahulu kala, tinggallah seorang wanita bernama Mawar. Wajahnya amat cantik. Dia tinggal di rumah seorang diri. Ibu bapanya telah meninggal beberapa tahun yang lalu tetapi Mawar tetap hidup dengan selesa. Ibu bapa Mawar telah meninggalkan harta yang banyak untuknya. Dia juga agak pendiam tetapi banyak kenalan di Facebook, Twitter dan My Space tetapi dia tidak melayan khabar tentang dunia dan sebagainya. Dia menyara hidupnya hanya dengan harta yang ditinggalkan untuknya. Dia juga tidak suka membaca suratkhabar dan menonton televisyen.
Wang daripada pajakan hartanya telah membuatnya kaya-raya. Dia tidak sedar akan hal-hal yang berlaku di sekelilingnya sehinggalah, pada suatu hari , dia baru keluar dari pusat membeli-belah dengan beg-beg berisi barangan yang berjenama. Dalam perjalanannya untuk pulang, dia berasa sungguh penat dan hampir terjatuh akibat banyak beg yang berat. Sungguh baiknya nasib Mawar apabila seorang lelaki yang kacak menyelamatkannya daripada terjatuh macam nangka busuk. Mawar memandang lelaki itu dengan penuh kelegaan. Mawar berdiri semula dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Dia pun menanyakan nama lelaki itu. Namanya adalah Ahmad. Ahmad lalu memberi pertolongan kepada Mawar dengan mengangkatkan beg-begnya yang berat. Lama-kelamaan mereka semakin rapat. Sampailah suatu hari, Ahmad membawa Mawar ke restoran yang mewah. Oleh kerana mengingatkan bahawa Ahmad akan menanggung pembayaran makanan, Mawar membuat banyak pesanan makanan. Tidak lama kemudian ,makanan telah dihidangkan dan Ahmad meminta diri untuk pergi ke tandas. Selepas makan secukupnya, Mawar menunggunya dengan sabar tetapi selepas berjam-jam menunggu, Mawar tidak tahan lagi lalu bergegas ke pintu untuk keluar. Tiba-tiba, ada tangan seseorang yang memegang bahu Mawar dan dia terkejut. Rupa-rupanya, seorang pelayan yang ada di situ mahu meminta bayaran makanan.
"Oh, nanti lelaki yang telah menemani saya akan membayar bilnya",kata Mawar.
"Tetapi dia sydah keluar dari restoran ini",Kata pelayan itu dengan muka yang bingung.
Alangkah terperanjatnya Mawar dibuatnya. Mawar pun membayar bil yang banyak itu lalu pulang ke rumah. apabila dia sedang sembang di komputr dengan kawannya tentang kejadian di restoran itu, kawan memberitahunya tentang seorang lelaki yang mencari mangsa penipuannya seperti Mawar,yang kaya sahaja menjadi mangsa.
Mawar pun menjadi bingung lalu kawannya memberitahunya bahawa berita tentang lelaki itu yang sudahdiiklankan di internet, suratkhabar,majalah dan lain-lain. Mawar berasa amat sedih selepas mendengarpenjelasan kawannya.
Inilah kisah yang menunjukkan peribahasa, katak di bawah tempurung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan