Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan saya untuk Peperiksaan Lisan

Waktu untuk peperiksaan lisan untuk PSLE sudah pun menjelang. Pasti kebanyakan daripada rakan-rakan saya telah pun bersiap sedia tetapi usaha saya masih perlu lagi banyak. Saya tidaklah beberapa gembira dengan markah yang saya dapat untuk Prelim iaitu 41 markah. Ibu bapa dan guru saya berkata bahawa saya berkemampuan untuk membuat dengan lebih baik kerana saya suka bercakap dengan rakan-rakan.




Pada pendapat saya, saya setuju dengan apa yang dikatakan tetapi kadang-kala, saya tersasul kerana terlalu gementar. Saya rasa untuk mendapat markah yang banyak, saya seharusnya berlatih dengan lebih usaha dan mempelajari cara-cara untuk menerangkan gambar dengan lebih dalam lagi.




Jika ada masa untukberlatih, saya akan mengambil kesempatan untuk berlatih sehingga masa untuk peperiksaan lisan sudah sampai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan