Minat saya ada banyak tetapi satu daripada minat yang paling saya suka adalah membaca. Saya amat minat membaca tetapi semua buku di rumah telah habis dibaca. Ibu saya berkata jika ayah saya telah membeli kedai buku 'Popular', saya akan rasa bahawa saya di alam kayangan yang penuh dengan buku.Saya cuma meminati buku novel dan majalah. Kadang-kala, tidak ada buku , buku teks pun boleh. Apabila saudara saya datang melawat, saya lihat bahawa dia jauh lain daripada saya. Dia banyak bermain walaupun nenek kami menegurnya supaya rajin belajar. Saya bangga kerana ramai orang telah memuji saya dengan sikap saya yang minat membaca.
Teruskan sikap awak supaya bahasa kamu boleh semakin meningkat. =D
BalasPadamMemang betul. Minat membaca dapat membantu dalam pelajaran Sabrina. Teruskan dengan minatmu...
BalasPadam