Selasa, 17 Mei 2011

Pengalaman saya ketika Hari Raya

Pada Hari Raya tahun lepas, saya dan sekumpulan rakan karib saya telah menziarahi rumah satu sama lain. Kami amat kagum dengan pelbagai hiasan yang terdapat di dalam rumah masing-masing. Rumah pertama adalah rumah Zulaika kerana dia tidak mengikut perjalanan kami dan keluarganya hendak keluar pada hari itu. Rumahnya besar dan mewah. Dari jendela di ruang tamunya, saya dapat melihat pandangan yang amat mengejutkan. Saya dapat melihat Vista Point,beberapa bangunan dan bangunan rumah saya. Selepas itu, saya ternampak Zulaika menuang air untuk saya dan rakan-rakan lain lalu saya membantunya menghidangkan air tersebut tetapi ketika mengangkat dulang, tangan saya menggeletar akibat melihat begitu banyak gelas kaca. Walaupun begitu semua gelas itu tidak terjatuh dan dapat dihidangkan kepada rakan-rakan.

Selepas itu, saya dan lain-lain pergi ke rumah Sarah. Rumah kelihatan cerah kerana penuh dengan perkakas rumah yang berwarna putih. Neneknya melayan kita dengan cara peramah. Saya semakin berasa seronok berkenalan dengan ahli keluarga rakan-rakan saya. Di rumah Anisah pula, kucingnya telah membuat beberapa rakan saya terkejut. Walaupun kucing nya besar,ia comel. Seterusnya, kami pergi ke rumah saya. Apabila tiba di rumah saya, terdapat cerita hindustan yang sedang bermain di televisyen. Kami berehat di situ sambil menonton cerita itu. Salah seorang daripada rakan saya mengatakan bahawa ibu saya peramah orangnya. Rumah berikutnya adalah rumah Athirah kerana dia tinggal di dalam blok yang sama dengan saya tetapi dia tinggal di tingkat atas. Ibunya kenal Sarah kerana ibu Sarah dan ibu Athirah adalah kawan.

Kami pergi ke rumah Atiqah selepas itu. Rumahnya luas dan dia mempunyai piano yang cantik. Saya pun memujuknya untuk bermain piano itu. Dia memang pandai bermain piano. Rumah yang terakhir adalah rumah Dayana kerana rumahnya paling jauh. Rumahnya sungguh kemas dan dia telah menghidangkan kuih-muih yang amat sedap. Akhirnya, perjalanan kami telah selesai. Oleh kerana semua sudah letih, Atiqah bercadang untuk menaiki teksi. Saya terketawa dan bercakap bahawa tidak perlu menaiki teksi.Kami boleh menaiki bas kerana semua membawa kad ez-link mereka.

Apabila sudah berada di rumah sendiri, saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan karib saya.

Selasa, 26 April 2011

Pengalaman saya di luar negara

Negara yang paling jauh saya telah pergi adalah Brunei. Saya pergi ke sana bersama 19 lagi murid Melayu dengan beberapa orang guru sekolah. Kami pergi ke Brunei pada tahun lepas untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Di situ, kita pergi ke sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Junjungan. Apabila muzik dimainkan untuk pelajar-pelajar Woodgrove, setiap pelajar diajak oleh sekumpulan murid di situ. Murid-murid di situ amat peramah terhadap semua mereka.

Kita juga pergi ke sebuah kilang sago. Walaupun tempat itu hanya sebuah kilang yang tidaklah sebesar saiznya, ia amat unik pada saya kerana saya tidak pernah melawat tempat seperti kilang tersebut. Semua murid dapat mencuba makanan tempatan di Brunei iaitu ambuyat. Rasanya sedap apabila dicicah dengan lauk. Rasanya sungguh aneh bagi saya kerana saya tidak pernah makan ambuyat. Saya dan kelas saya juga dapat makan hidangan yang sedap tetapi pelik. Makanan tersebut adalah... Ulat sago. Seorang daripada rakan kelas saya telah memakan ulat tersebut mentah sementara saya dan murid-murid lain memakan ulat yang telah digoreng. Rasanya amat sedap walaupun saiznya lebih kecil daripada snek keropok. Selepas lima hari yang menyeronokkan di Brunei, semua orang pulang ke Singapura. Keluarga kita semua sedang menunggu kita tiba di Lapangan Terbang Changi. Saya harap saya dapat melancong ke negara yang lain pada masa hadapan

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu

Semasa cuti sekolah, saya banyak bersiar-siar bersama keluarga kecuali bapa saya yang sibuk bekerja. Ibu, 3 adik dan saya sendiri pergi ke kolam renang, selepas itu, kami sudah letih tetapi saya dan adik-beradik mahu pergi ke Admiralty untuk bermain untuk mendapat tiket-tiket. Tiket-tiket itu boleh ditukarkan untuk mendapat hadiah percuma. Ia sungguh menyeronokkan dan saya sudah mengumpul 210 tiket. Kemudian, ibu saya membawa sya dan adik-adik ke Causeway Point dan pergi ke Popular. Saya mempunyai baucer 20 dolar kerana mendapat tempat ketiga untuk bahasa Inggeris. Saya amat gembira juga untuk Zulaika kerana mendapat tempat pertama. Selepas maghrib, kami pulang rumah, di lif lobi , saya sedang menunggu lif dan terdengar adik saya bercakap demikian. "Eh, cutenye!"
Saya pun terus melihat apa yang dinampak oleh adik saya. Rupa-rupanya, ada seekor anak kucing yang comel sedang mencuba berjalan. pemiliknya pun bertanya jika kami mahukah mengambilnya. Kami bersetuju kerana saya suka kucing.
Jika saya Menteri Pendidikan,saya tidak akan menukar waktu cuti sekolah kerana saya berasa bahawa cuti sekolah sekarang sudah mencukupi.

Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

Minat saya kedua adalah melukis. Saya telah meminati melukis semenjak usia saya 5 tahun. Apabila baru-baru saya melukis, lukisan saya amat buruk. Semakin saya lama, saya mempelajari pelbagai lukisan dari buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan. Ramai saudara -mara saya juga memuji saya kerana mereka rasa bahawa saya ada bakat untuk melukis. Ibu bapa saya berkata bahawa saya adalah artis di antara keluarga saya kerana ahli keluarga saya tidak meluangkan masa untuk melukis selain saya. Saya meluangkan masa untuk melukis tetapi saya selalu menghiraukan pelajaran saya juga.

Selasa, 15 Februari 2011

Minat saya(1)

Minat saya ada banyak tetapi satu daripada minat yang paling saya suka adalah membaca. Saya amat minat membaca tetapi semua buku di rumah telah habis dibaca. Ibu saya berkata jika ayah saya telah membeli kedai buku 'Popular', saya akan rasa bahawa saya di alam kayangan yang penuh dengan buku.Saya cuma meminati buku novel dan majalah. Kadang-kala, tidak ada buku , buku teks pun boleh. Apabila saudara saya datang melawat, saya lihat bahawa dia jauh lain daripada saya. Dia banyak bermain walaupun nenek kami menegurnya supaya rajin belajar. Saya bangga kerana ramai orang telah memuji saya dengan sikap saya yang minat membaca.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baru 2011

Pada tahun ini, saya berasa takut kerana saya dan rakan-rakan saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Walaupun peperiksaan tersebut sedang mendekati,saya rasa saya tidak cukup bersedia untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Saya mempunyai lebih masa untuk belajar dan membuat kerja rumah kerana saya tidak bermain dengan alat permainan. Saya lebih suka membaca buku dan membuat kertas peperiksaan tahun yang sudah lepas supaya saya boleh menambah pengetahuan pelajaran yang saya tidak tahu. Saya harap apabila saya menduduki peperiksaan saya tidak akan panik. Saya akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini oleh saya. Saya harap saya akan memasuki ke dalam sekolah yang saya mahu. Semoga matlamat saya dan rakan-rakan saya tercapai.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya Nur Sabrina . Keluarga saya mengandungi enam orang iaitu ibu bapa ,dua orang adik lelaki dan adik perempuan saya yang paling comel bagi saya . Hobi saya adalah membaca , melukis dan menonton televisyen .
Sekolah amat penting bagi saya . Saya akan rasa tertinggal dalam sesuatu pelajaran jika saya memonteng sekolah kerana menjatuh sakit . Tahun ini , saya telah berjanji kepada ibu bapa bahawa saya akan berkerja keras untuk mencapai matlamat saya . Matlamat saya : Bahasa Inggeris : A Matematiks : A Sains : B Bahasa Melayu : A Bahasa Melayu Lanjutan : Merit
Agregat yang saya mahu mencapai adalah 265 .