Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Kepada rakan-rakan, saya minta maaf banyak-banyak ye (macam betul). Kepada Cikgu Tuty dan guru lain, maafkanlah jika ada salah silap. Harap kebanyakan kawan dapat habis berpuasa sepenuhnya. Saya pasti banyak masih keluar berjalan raya, betul? Saya juga masih keluar berjalan raya juga dengan 'gang' saya . Ini kali kedua saya keluar bersama mereka. Ia sangat seronok.


Ucapan Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang terhormat. Sebagai murid, saya menghargai usaha kamu semua untuk membuat saya berjaya. Syukur Alhamdulillah, saya telah pun berjaya untuk mendapatkan markah yang baik untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kerana saya mempunyai guru yang baik. Tidak lama lagi, PSLE akan datang. Dengan dorongan Cikgu yang A-one, Insya'allah, saya akan lulus dengan baik. Terimah Kasih, Guru-guru.

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan saya untuk Peperiksaan Lisan

Waktu untuk peperiksaan lisan untuk PSLE sudah pun menjelang. Pasti kebanyakan daripada rakan-rakan saya telah pun bersiap sedia tetapi usaha saya masih perlu lagi banyak. Saya tidaklah beberapa gembira dengan markah yang saya dapat untuk Prelim iaitu 41 markah. Ibu bapa dan guru saya berkata bahawa saya berkemampuan untuk membuat dengan lebih baik kerana saya suka bercakap dengan rakan-rakan.




Pada pendapat saya, saya setuju dengan apa yang dikatakan tetapi kadang-kala, saya tersasul kerana terlalu gementar. Saya rasa untuk mendapat markah yang banyak, saya seharusnya berlatih dengan lebih usaha dan mempelajari cara-cara untuk menerangkan gambar dengan lebih dalam lagi.




Jika ada masa untukberlatih, saya akan mengambil kesempatan untuk berlatih sehingga masa untuk peperiksaan lisan sudah sampai.