Khamis, 28 Oktober 2010

Pelajaran semasa Bahasa Melayu Lanjutan

Saya telah mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun ini . Saya mengambil kelas ini untuk meningkatkan Bahasa Melayu saya di sekolah dan juga di rumah . Saya suka kelas Bahasa Melayu Lanjutan kerana saya rasa Bahasa melayu tidak mengelirukan saya seperti subjek-subjek yang lain . Ibu saya juga suka jika Bahasa Melayu saya semakin meningkat . Cikgu Tuty ialah guru saya . Dia mengajar saya Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan . Dia mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan bagus dan saya telah mendapat markah yang baik. Saya sungguh bangga dengan markah tersebut. Saya akan menyambungkan pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun hadapan.

Selasa, 26 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya telah membuat persiapan menjelang hari peperiksaan terutama sekali pelajaran Matematik dan Science kerana saya lemah dalam pelajaran-pelajaran tersebut.Saya mempunyai soalan-soalan yang saya tidak tahu dan jika saya sedang mengulangkaji di rumah, adik-adik saya akan mengacau saya. Oleh itu saya meminta izin dari ibu saya untuk mengulangkaji di sekolah. Di situ, tempatnya tidak bising dan itu mengembirakan saya. Kini saya telah menyelesaikan peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan di sekolah. Saya sedang mengulangkaji pelajaran sambil menantikan peperiksaan.Ibu saya akan memberi sokongan yang terbaik sebelum setiap peperiksaan.

Khamis, 14 Oktober 2010

Nasihat Sabrina

Ayub,

Jangan sedih! Saya akan membantu kamu. Kamu boleh pergi ke perpustakaan untuk belajar kerana keadaan di situ sunyi. Jika kamu ada masalah ,kamu boleh bertanya dengan guru kamu.

Salam,
Sabrina