Jumaat, 24 September 2010

Aku Manusia Moden

Aku tidak bermain chapteh
aku duduk dan minum teh
aku tidak berlengah-lengah
aku manusia yang lincah

Aku bukan pemburu binatang
aku suka melihat bintang
aku bukan lemah dalam pelajaran
aku pandai dalam kehidupan

Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah sumber air
yang membasahi dunia
adakah itu benar,hujan?

Ada yang berkata
engkau turun ke bumi
membawa air untuk manusia
betulkah fakta ini ,hujan?
Aku ingin berada di langit
apatah daya aku manusia biasa
akuhanya mahu kebebasan
engkaulah yang menghibur aku
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Aku sedang berjalan seorang diri ke rumah Sarah. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi ketulan-ketulan batu jatuh ke lantai. Aku menoleh ke belakang.Batu- batu tersebut adalah air batu kerana ia berasa sejuk dan berair. Aku terus menjadi bimbang dan takut apabila ternampak beberapa ketul air batu yang mempunyai saiz sebesar sebiji bola golf.Aku bimbang jika air batu tersebut terkena kepalaku .Aku terus berlari ke tempat perlindungan yang berhampiran. Setelah hujan air batu tersebut telah berhenti, aku meneruskan perjalanan aku ke rumah Sarah.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Dan Harapan Saya

Pencapaian saya ada lebih dari satu.Satu pencapaian saya apabila saya dalam darjah 4 adalah saya mencapai tujuan saya untuk mendapat 90 ke atas untuk subjek Matematik saya.Ibu bapa saya sungguh bangga dengan pencapaian saya.Setelah mencapai harapan saya ,saya telah mengharapkan supaya saya mendapat lebih banyak pencapaian.Saya mengharap untuk menjadi doktor yang baik apabila dewasa nanti. Saya memerlukan guru-guru saya untuk mencapai harapan saya...

Isnin, 26 Julai 2010

10. Kuiz Bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz ini sungguh mencabar tetapi ia seronok.Kumpulan saya dan saya perlu meneka makna-makna yang berlainan bagi satu perkataan.Setiap kumpulan akan dapat 5 markah untuk setiap makna yang betul. Sambil bermain, saya dapat belajar makna-makna yang baru.Dalam dua jawapan,kumpulan saya selalu mendapat satu sahaja yang betul.

9. Aktiviti "Bawa & Berborak"

Aktiviti "Bawa & Berborak" ini seronok. Saya dapat berkongsi cerita dan lain-lain dengan kawan-kawan saya. Ada juga kawan-kawan saya berkongsi cerita mereka. Cerita mereka sungguh menarik dan baik. Saya rasa saya tidak berborak dengan baik tetapi saya telah membuat yang terbaik. Jikalau ada aktiviti seperti ini lagi, saya ingin berborak dengan kawan saya dengan lebih baik.

8. Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini diadakan untuk murid-murid darjah enam kita pada 2008. Murid-murid dari Innova Junior College juga datang ke situ untuk belajar lebih tentang kaum Melayu kita. Mereka dapat mencuba mainan tradisi Melayu seperti tarikguni,pusing-pusing tepung dan lain-lain. Mereka juga dapat belajar membuat wau.Mereka mempunyai pengalaman yang sungguh seronok.