Jumaat, 24 September 2010

Aku Manusia Moden

Aku tidak bermain chapteh
aku duduk dan minum teh
aku tidak berlengah-lengah
aku manusia yang lincah

Aku bukan pemburu binatang
aku suka melihat bintang
aku bukan lemah dalam pelajaran
aku pandai dalam kehidupan

Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan ibu dan bapa

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah sumber air
yang membasahi dunia
adakah itu benar,hujan?

Ada yang berkata
engkau turun ke bumi
membawa air untuk manusia
betulkah fakta ini ,hujan?
Aku ingin berada di langit
apatah daya aku manusia biasa
akuhanya mahu kebebasan
engkaulah yang menghibur aku
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Aku sedang berjalan seorang diri ke rumah Sarah. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi ketulan-ketulan batu jatuh ke lantai. Aku menoleh ke belakang.Batu- batu tersebut adalah air batu kerana ia berasa sejuk dan berair. Aku terus menjadi bimbang dan takut apabila ternampak beberapa ketul air batu yang mempunyai saiz sebesar sebiji bola golf.Aku bimbang jika air batu tersebut terkena kepalaku .Aku terus berlari ke tempat perlindungan yang berhampiran. Setelah hujan air batu tersebut telah berhenti, aku meneruskan perjalanan aku ke rumah Sarah.