Isnin, 26 Julai 2010

10. Kuiz Bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz ini sungguh mencabar tetapi ia seronok.Kumpulan saya dan saya perlu meneka makna-makna yang berlainan bagi satu perkataan.Setiap kumpulan akan dapat 5 markah untuk setiap makna yang betul. Sambil bermain, saya dapat belajar makna-makna yang baru.Dalam dua jawapan,kumpulan saya selalu mendapat satu sahaja yang betul.

9. Aktiviti "Bawa & Berborak"

Aktiviti "Bawa & Berborak" ini seronok. Saya dapat berkongsi cerita dan lain-lain dengan kawan-kawan saya. Ada juga kawan-kawan saya berkongsi cerita mereka. Cerita mereka sungguh menarik dan baik. Saya rasa saya tidak berborak dengan baik tetapi saya telah membuat yang terbaik. Jikalau ada aktiviti seperti ini lagi, saya ingin berborak dengan kawan saya dengan lebih baik.

8. Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini diadakan untuk murid-murid darjah enam kita pada 2008. Murid-murid dari Innova Junior College juga datang ke situ untuk belajar lebih tentang kaum Melayu kita. Mereka dapat mencuba mainan tradisi Melayu seperti tarikguni,pusing-pusing tepung dan lain-lain. Mereka juga dapat belajar membuat wau.Mereka mempunyai pengalaman yang sungguh seronok.

7. Bengkel Penulis Kreatif

Dalam bengkel ini, saya dapat belajar bagaimana hendak menulis karangan yang bagus. Sebelum menulis karangan sendiri, saya perlu mencatatkan deskripsi watak-watak di dalam lembaran kerja saya. Apabila menulis karangan, saya perlu menggunakan deria saya seperti rasa, kelihatan dan sebagainya.Selepas bengkel saya percaya saya boleh membuat karangan yang bagus.

6. Pertandingan Blogging

Pertandingan Blogging ini amat seronok.Walaupun ia menggunakan banyak tenaga,ia boleh menenangkan fikiran. Saya perlu membuat 10 entri dan setiap entri perlu ada tajuk yang berlainan. Saya ingin menang pertandingan ini kerana saya mahu ibu bapa saya bangga dengan saya.

5. Hari Keharmonian Kaum

Hari Keharmonian Kaum adalah hari yang rusuhan-rusuhan di Singapura berakhir pada 21 Julai 1964.Pada 21 Julai 2010,sekolah saya telah merayakan Hari Keharmonian Kaum.Guru-guru dan murid-murid memakai baju tradisional mereka dan jalan seperti model di atas dewan sekolah.Ada pelbagai baju yang cantik yang saya suka.Apabila seorang guru dan muridnya berjalan seperti model ,rakan-rakan saya akan memekik tidak tentu pasal.Semanya berakhi dan saya pulang ke kelas dengan senyuman di mukaku.

4. Lawatan Pendidikkan Ke Brunei Darussalam

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam boleh membantu meningkat bahasa Melayu kita kerana kita dapat melihat bagaimana orang Brunei berbual dalam bahasa Melayu.Bahasa Brunei dan bahasa Melayu lebih kurang sama tetapi ada perkataan yang tidaksama seperti bahasa Melayu adalah layang-layang sebutan bahasa Brunei adalah kikit.Kita dapat belajar daripada mereka bagaimana kita membuat kraftangan seperti bakul dan lain-lain.Memang seronok dapat belajar dan bermain permainan tradisional di Brunei .

Selasa, 20 Julai 2010

3. Piramida

Pada Selasa yang lepas,13 Julai 2010,sekolah saya mengadakan pertandingan Piramida.Murid-murid Melayu berkumpul di dewan sekolah.Setiap kelas Melayu ada dua pasangan dan dua pasangan yang mewakili kelas saya adalah Nurul Huda dan Amirah,Haidi dan Riz Mateen.Melihat kelas-kelas lain dan kelas saya menjawab soalan-soalan Piramida tersebut sungguh seronok.Akhirnya pertandingan itu berakhir dan keputusannya diberikan.Tempat pertama jatuh kepada Nurul Huda dan Amirah dan mereka adalah pewakil kelas saya.Walaupun kumpulan yang lain tidak dapat tempat pertama,saya tahu bahawa mereka telah melakukan yang terbaik.Saya menuju ke kelas dengan perasaan gembira.

Sabtu, 10 Julai 2010

2. Peraduan Berbahasa Melayu

Satu aktiviti Melayu adalah peraduan bercerita.Murid-murid harus melakonkan seorang watak di sebuah cerita.Saya telah melihat beberapa kawan-kawan saya mengambil bahagian dalam peraduan ini.Ada yang melakonkan watak mereka dengan penuh emosi.Saya tahu bahawa mereka bekerja keras untuk peraduan ini dan untuk membuat kami seronok.